Anis Neesa


rindu encik blog sangat !
06 December 2011 | 9:24 PM | 6 Words
06 Disember 2011

assalamualaikum :)
first of all, anis nak say "AKU RINDU SANGAT NAK BER-BLOG AND MERAYAP DEKAT BLOG ORANG LAIN!". dah kenapa lah dengan kau ni noor hanisah hoii. bukan apa. dah hampir sebulan tak online FB and blog. internet siol and baru semalam sempat call pihak TM. bosan sangat sebab takdapat nak ber-blog. dah lah time cuti sekolah. kau takbuat homeworks ke anis? better takpayah sebut kot pasal homeworks anis yang melambak giler babeng tuu. sebab anis TAKSENTUH LANGSUNG.

you know what, anis ada benda nak cerita ni. *gaya ala-ala minah kepochi
benda ni happen semalam jugak sebenarnya. jiran anis name mamat (bukan nama sebenar) tanya anis macam ni.

anis, kau pakai internet eh?

yela, tapi sekarang internet aku tengah biol. takboleh guna.

kau pakai apa? broadband ke streamyx?

aku pakai streamyx. kalau broadband, mana dapat. takde line langsung dekat tempat kita ni. aku dah pernah try guna broadband sepupu aku. memang takdapat.

kau selalu online sampai tengah2 malam ke?

a'ah lah. yang kau tanya aku macam polis pencen ni kenapa?

takdepape. ohh. patutlah.......

patutlah apa nya?

selama ni, bila malam-malam, aku dapat access internet. sebab aku rasa aku dapat line tuu daripada streamyx kau kot.

selama ni kau pakai internet aku lah eh?

yerk arhh. *dengan muka selamber and takbersalah lagsung

cuba korang bayangkan perasaan anis time tu. tak ke menyirap darah dengar? selama anis pakai internet, lebih kurang setahun lahh, setiap bulan makbapak anis bayar. tapi dia dengan rasa takbersalah guna dengan free-free sahaja.
maybe sesetengah daripada korang akan cakap "kedekutnye anis ni". YA! memang anis kedekut. sebab keluarga anis ni bukanlah keluarga yang berada macam korang. kitorang cukup-cukup je. and  dia dengan senang lenang gunakan internet anis. macam makbapak anis menanggung dia pulak kann?
hmm,, tapi dah lepas kann. nak buat macam mana. tapi sekarang! internet anis dah ok. kalau dia masih guna lagi? macam mana ek? macam nak buat orang lain takboleh guna internet kita? anis ni bukan tau sangat. dah lah! malas cerita pasal dia. jom tukar topik.
anis rindu sangat dekat sekolah. ececehh. bajet suka sangat belajar lahh tuu. haktuiihh. haha. anis rindu P4V jugak. dah lama tak hangout dengan diorang. and paling important, dah lama takbuli isma! haha. sayang kau lahh isma.
ok lah. nak offline. nak konsentret tengok cerita CINTA ELYSA. hehe. bubye :)

p/s : thanks a lot pada yang follow and yang singgah blog anis selama anis tak on9. insyaallah anis follow korang balik and visit blog korang. kalau anis takfollow korang lagi, inform anis keyh? :)


-Past- | -New-