Anis Neesa


tension jadi punca gangguan makhluk halus
26 December 2011 | 1:15 PM | 2 Words
26 Disember 2011 | 1.15pm

assalamualaikum :)
hai semua. dah beberapa hari tak hapdet blog. bukan apa. anis busy dengan kawan anis nama *******. kesian dia. kena gangguan makhluk halus. sekarang ni punn dia masih tak ok. anis ulang-alik je tengok dia. yela, dia kawan baik anis. anis risau sangat tengok dia macam tu. dah macam orang takbetul dah. kejap-kejap ketawa, kejap-kejap nangis. usahkan nak bercakap dengan anis, nak tengok anis punn dia taknak. dia asyik tengok atas je. kesian dia.
anis dapat tahu dia start taktentu arah macam tuu daripada adik dia. adik dia text anis pagi sabtu and bagitau keadaan dia lahh. anis terkejut sangat-sangat. mak anis punn terkejut. and takpikir apa dah, terus start motor pergi rumah dia. anis jenguk lahh dia kat bilik dia, dia tengah baring sambil tutup muka dia dengan bantal. anis beranikan diri lah tegur dia.

kau kenapa ******* ? ok ke tak?

jahatnya kau. kau jahat!
(ketawa sinis sambil tutup mata dengan tangan)

terkejut anis dia cakap anis jahat. takpernah sekali punn selama kitorang kawan dia cakap anis jahat. and kat situ je anis dah tau yang memang tu bukan dia. totally bukan dia! berulang-ulang kali jugak lah anis jenguk dia even dia taknak tengok anis sekalipun. anis tahu tu bukan dia.
then, sabtu malam ahad ituari family dia bawak berubat. hari ahad nye anis jenguk dia lagi. mak dia cakap dengan anis , orang yang ubatkan ******* cakap, puncanya gangguan tuu disebabkan stress. anis punn tak gheti sangat nak explain. lebih kurang macam ni lah

pendam masalah > stress > jiwa kosong > gangguan masuk

faham tak? hope korang faham lahh yerr. pucuk pangkalnya memang daripada stress yg berpunca daripada pendam masalah and takluahkan. mak dia cakap, memang banyak kali mak dia nampak ******* nangis. tapi bila mak dia tanya ada apa-apa masalah ke, dia cakap takde apa-apa. tapi bila dia dengan anis, dia macam takde masalah langsung tau. happy-go-lucky je. rupa-rupanya tu luarannya je. tapi dalamannya lain.


bila dah jadi macam ni, anis sendiri jadi takut. sebab anis punn jenis yang suka pendam masalah. taksuka cerita kat siapa-siapa punn. so, anis decide sekarang, kalau ada masalah, anis cerita kat mak anis. anis percaya kat mak anis. hehe. takut wooo.
hari ni anis belum jenguk dia lagi. lepas solat asar nanti anis pergilah jenguk dia sekejap. kesian dia. memang dah macam orang takbetul. hope sangat dia cepat sembuh and korang semua doakan lah dia ok. insyaAllah dia akan sembuh. aminnn~
and untuk korang semua. jangan stres! nanti kesudahannya macam dia jugak. ofcourse korang taknak kann

p/s :  sorry sebab anis takboleh bagitau nama dia sebab nak jaga hati family dia and diri dia sendiri. 


-Past- | -New-